

Simpulan Bahasa | Maksudnya |
ada angin | berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika |
ada hati | mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu |
air muka | rupa atau wajah seseorang |
ajak-ajak ayam | tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang |
ada bakat | mempunyai tokoh atau perwatakan |
alas perut | makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan |
anak angkat | anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri |
anak bapa | anak yang disayangi oleh bapa |
anak buah | orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara |
anak emas | anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya |
angkat kaki | meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab |
atas angin | negara-negara di sebelah barat |
atas pagar | tidak menyebelahi mana-mana pihak |
ayam tambatan | orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan |
bahasa pasar | bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya |
banyak mulut | orang yang banyak bercakap |
batu api | orang yang suka menghasut |
batu loncatan | sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati |
bau-bau bacang | tali persaudaraan yang jauh |
bawah angin | negara-negara di sebelah timur |
bekas tangan | hasil kerja tangan seseorang |
beralih akal | berubah fikiran atau pendapat |
beralih angin | pergi ke sesuatu tempat untuk berehat |
berat hati | enggan; malas |
berat mulut | pendiam atau tidak suka bercakap banyak |
berat tulang | orang yang malas bekerja |
berat sebelah | tidak berlaku adil |
berbelah bagi | sukar untuk membuat keputusan |
berhati batu | degil dan sukar menerima nasihat |
berhutang budi | patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga |
bermuka dua | tidak jujur |
bertikam lidah | bertengkar; berdebat |
besar hati | bergembira atau berbangga akan sesuatu |
besar kepala | degil; sukar menerima pandangan orang lain |
buah hati | orang yang dikasihi atau dipuja |
buah mulut | sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai |
bush tangan | hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang |
bulat hat! | bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad |
buruk siku | mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain |
buta hati | tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam |
cahaya mata | anak |
cakar ayam | tulisan yang buruk |
campur tangan | turut serta atau mencampuri urusan orang lain |
cari jalan | berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu |
epat tangan | suka mencuri |
dalam tangan | sudah pasti akan diperoleh |
darah daging | anak kandung |
durian runtuh | keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka |
gaji buta | mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh |
gelap mata | hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta |
harga diri | maruah atau kehormatan seseorang |
harga mati | harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi |
hati batu | degil atau keras hati |
hidung tinggi | sombong atau tinggi diri |
hilang akal | tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri |
ikat perut | menahan lapar kerana berjimat |
iri hati | menyimpan perasaan dengki atau cemburu |
isi hati | perasaan dalam hati |
jalan buntu | tidak ada jalan penyelesaian |
kacang hantu | orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain |
kaki ayam | tidak berkasut atau berselipar |
kaki bangku | tidak berkebolehan bermain bola |
kaki botol | suka minum minuman keras |
kecil hati | berasa tersinggung atau merajuk |
kepala angin | perangai yang tidak menentu |
kepala batu | degil dan tidak mendengar nasihat |
kera sumbang | orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain |
khabar angin | berita yang belum tentu benarnya |
langkah kanan | bernasib baik |
langkah seribu | cepat-cepat lari kerana ketakutan |
lidah bercabang | kata-kata yang tidak dapat dipercayai |
lipas kudung | cepat membuat kerja |
lintah darat | mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan |
makan angin | bersiar-siar untuk berehat |
makan suap | menerima rasuah |
malu-malu kucing | berpura-Aura malu di hadapan orang |
mandi peluh | bekerja kuat |
mati katak | mati dengan sia-sia |
membabi buta | melakukan sesuatu tanpa berfikir |
membawa diri | tahu menjaga diri |
membuka jalan | memberi laluan kepada orang lain |
membuka tembelang | menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain |
memeras otak | terlalu kuat berfikir atau belajar |
menarik diri | tidak turut serta; meletak jawatan |
mencari jalan | berusaha untuk melakukan sesuatu |
mencuci mata | gembira memperhatikan sesuatu yang indah |
mencuit hati | lucu; menggelikan hati |
mengabui mata | cuba memperdaya; menipu |
mengadu domba | memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya |
mengambil angin | bersiar-siar untuk berehat |
mengambil berat | memberi sepenuh perhatian |
mengambil hati | dapat memikat atau mempengaruhi |
mengasah bakat | latihan untuk mengembangkan bakat |
muka tembok | tidak berasa malu |
mulut murai | kuat bercakap atau berbuat bising |
mulut tempayan | tidak dapat menyimpan rahsia |
murah hati | suka bederma; tidak kedekut |
naik angin | terlalu marah |
nyawa-nyawa ikan | hampir-hampir mati |
orang atasan | orang yang berpangkat tinggi |
otak cair | pintar atau bijak |
otak kering | kurang siuman |
otak udang | bebal atau bodoh |
paku belanda | barangan yang tetap harganya |
panas hati | meradang atau marah |
panjang tangan | suka mencuri |
pasang telinga | mendengar dengan teliti |
pekak badak | kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat |
pembasuh mulut | makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi |
perang mulut | pertengkaran |
pilih kasih | memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai |
pisau cukur | perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki |
puteri lilin | tidak tahan terkena panas matahari |
putih hati | ikhlas; jujur |
putih mata | mengalami kekecewaan |
rabun ayam | penglihatan yang kurang jelas |
rambang mata | sukar membuat pilihan |
ringan tangan | suka membuat kerja: menolong orang |
sampai hati | tergamak melakukan sesuatu kerja |
serkap jarang | membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa |
tangan terbuka | menyambut sesuatu dengan senang hati |
tangkai jering | orang yang kedekut |
tawar hati | tidak mempunyai minat lagi |
tebal muka | tidak tahu malu |
telinga kuali | tahan hati menerima kemarahan |
telinga lintah | tajam pendengaran |
telinga nipis | cepat marah atau meradang |
terang hati | mudah memahami sesuatu |
tidur-tidur ayam | tidur yang tidak nyenyak |
tin kosong | bercakap besar tanpa ilmu |
titik peluh | hasil usaha yang bersungguh-sungguh |
BELAJAR menerima, kemudian menyintai orang lain adalah suatu proses sepanjang kehidupan. Apa-apa saja dalam hidup ini perlu belajar – sebab itu ilmu penting dalam hidup dan kehidupan. Mungkin ramai orang menganggap belajar dan ilmu itu sebagai sesuatu yang khusus sahaja. Namun sebenarnnya, kita boleh belajar apa saja yang ada di sekeliling kita. Proses belajar secara alami, yang bukan teori semata adalah sesuatu yang lebih baik kesannya dalam kehidupan.
Cinta kasih sayang; mungkin ramai menganggap ia sebagai sesuatu yang harus ‘diserahkan’ begitu saja kepada takdir menentukan. Cinta harus dipelajari, kasih harus disemai, sayang bukan boleh datang melayang-layang. Pembelajaran tentang cinta kasih sayang tak akan pernah habisnya. Kita lahir atas dasar cinta kasih sayang – cinta Maha Pencipta, hasil kasih sayang kedua ibu bapa.
Menerima orang lain seadanya salah satu cabang mengikat cinta agar sentiasa rapat dengan diri kita. Memang cinta tak boleh dipaksa-paksa, tapi kadang-kala kita harus redha dengan ‘pilihan’ yang ada di depan mata.
Memenuhi impian dengan si dia pujaan yang sering datang dalam khayalan dan bayangan, mungkin tak akan menjadi kenyataan. Apa yang kita inginkan tak semua akan terpenuhi – kita harus menjalani dugaan agar kita dapat belajar lebih banyak lagi.
Tak apalah, jangan bimbang… proses cinta pasti akan berlaku pada setiap kita. Cuma mungkin masanya belum tiba. Selamat bercinta dan bercintalah dengan benar, moga bahagia.
Ummu Hani (Nur Fathia) ialah seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.
Irfan (Ryzal Jaafar) pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.
Kawan baik Hani, Aliah (Siti Fathiyah) dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.
Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan secara diam-diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.
Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati bagi mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam (Rozita Che Wan) dan Mokhtar (Esma Daniel) sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.
Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.
Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih menunggu kepulangan Irfan kerana dia dirahsiakan tentang hubungan Irfan dan Aliah selama ini. Ummu Hani telah mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille. Takdir telah menemukan Ummu Hani dengan cinta pertamanya, Irfan namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?
Back to Reff